Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

18.5.13

brokoli oh brokoli~ ape kebaikan nye??

tekan-tekan oleh Unknown jam berputar 11:17 PTG
pagi tadi mcm biasa.. " ayah nak brokoli!! nak byk-byk tau tau!" setiap minggu mesti mintak ayah beli kat Giant.. yela kedai pakcik depan tuu selalu nyee tak de jual.. then suddenly before ayah keluar ayah tnye "kenapa suka sangat dengan brokoli ni??" gulp gulp -..-' hehe suka sebab.................................. nth sedappp kuttt :P opcoz jawapan yang tak akan dapat markah penuh dari encik ayah :3 hehe so saya di mintak tanya pakcik google 
1. melindung dari penyakit barah dan kedutan muka
brokoli diperkaya dengan bahan fotokimia yang mampu melindungi tubuh dari kanser, gangguan kardiovaskular serta masalah kedutan. ia mempunyai anti karsinogen yang melawan semua penyebab kanser.
2. mengandungi vitamin C
 vitamin C yang ada di dalam brokoli jumlah nye lebih tinggi berbanding jeruk.
3. kalsium yang tinggi
jumlah kalsium didalam brokoli lebih tinggi berbanding segelas susu.
4. serat
jumlah serat didalam brokoli sama seperti di dalam sekeping roti gandum.
5. kebaikan pada mata
Brokoli dan sayuran berdaun hijau mengandung antioksidan yang kuat, yang disebut lutein dan zeaxanthin. Keduanya memiliki efek luar biasa bagi kesihatan lensa mata.

6. Meningkatkan sistem imunisasi tubuh

Sayuran hijau ini mengandung seng dan selenium, yang berguna untuk meningkatkan sistem imun tubuh. 

7. Kesihatan janin

Ibu hamil disarankan agar lebih sering makan brokoli. Brokoli mengandungi kandungan vitamin B, yang diperlukan dalam sintesis DNA.

8. Mencegah flu/selsema

Musim hujan membuatkan sistem kekebalan tubuh menurun.Kebanyakan orang lebih senang diserang flu atau batuk. Brokoli mengandung Vitamin C, yang merupakan antioksidan dan anti-inflamasi.

9. Menguatkan tulang

Sebuah kajian menunjukkan bahawa brokoli mengandung lebih banyak kalsium dibandingkan susu. Oleh itu brokoli sangat berguna untuk membantu menguatkan tulang. 

10. Diabetes

Brokoli memiliki kandungan serat yang tinggi dan rendah gula. Sayuran hijau ini dapat membantu memerangi penyakit diabetes kerana serat dapat menjaga gula darah tetap rendah.   


>> rindu dekat u dulu malam malam makan brokoli rebus dengan mayonis yum yum :'(

0 comments:

 

mine kepala bana Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea